Skip to main content

Full text of "Sharah_Wiqayah_Part_3_Class_Lectures_in_Urdu_Audio شرح وقایہ اخیرین ۔ جزء ۱ ۔ اردو اسباق"

See other formats


DoaTubal Mubarak 



m 


Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 
Doa adalah Otak bagi Ibadah. 


Doa-Doa 
Mubarak 


Penyusun 
Muhammad Zuhair Al-Bazi 

Penterjemah 
Jalalludin Ahmad Ar-Rowi 


f 


Hak Cetakan Terpelihara 


Diterbitkan oleh: 

IDARA-E-TASNEEF-O-ADAB 
Jamia Muhammad Musa Albazi 

Head Off: Alqalam 13-D, Block B 
Samanabad Lahore Pakistan 
Phone: 042-37568430 
Cell #: 0300-4426440 
www.alqalamfoundation.org 
Email: uzairbazi@hotmail.com 

Pi Malaysia hubunqi : 
Jalalludin Ahmad Ar-Rowi 
1663A/2 Kampung Aman, 
Pokok Assam, 34000 
Taiping, Perak Darul Ridzuan, 

MALAYSIA 
E-mail : rowi_naqsh@yahoo.com 
ar_rowi@hotmail.com 



§2 


m 


l$v. bai 


C 3itisab^ > 

Daku persembahkan kitab ini ke Hadhrat 
bapaku Shaikhul-Hadith wat-Tafsir Mawlana 

Muhammad Musa 
Ar-Ruhani Al-Bazi 

( Rahimahullahu ta'ala ) 
Shaikh Muhammad Musa Al-Bazi adalah 
seorang Shaikhul Hadith dan Tafsir di 
Jamiah Ashrafiah, Muslim Town, Lahore, 
Pakistan. Beliau meninggal dunia pada 
19hb. Oktober 1998. Setelah urusan 
pengkebumiannya di Tanah Perkuburan 
Mayani, Lahore, Pakistan, bauan yang 
harum telah terbit dari pusaranya meliputi 
kawasan sekelilingnya. Haruman ini telah 
keluar berterusan selama lebih kurang 8 
bulan. Beribu-ribu manusia telah turut 
menyaksikan pusaranya dan menghidu 
bauan yang harum dari Syurgawi. Para 


1 


m 


m 


ly/} bet 


Ulama mengatakan bahawa, menurut 
perkembangan Sejarah Islam, Mawlana 
Muhammad Musa Al-Bazi adalah orang 
ketiga yang mana dari pusaranya telah terbit 
bauan yang harum daripada Syurga. 

Shaikh Muhammad Musa Al-Bazi telah 
meluangkan seluruh hayatnya bagi tujuan 
mengajarkan Hadith, Tafsir, Fiqh dan 
melahirkan para Ulama Islam. Beliau telah 
mengarang lebih daripada 200 buah kitab- 
kitab yang bernilai tentang Islam. 
Sebahagian besar darinya adalah dalam 
Bahasa Arab, sebahagian yang lain pula 
dalam Bahasa Farsi dan Urdu. 

Seluruh Ulama Islam dalam abad ini 
telah mengakui bahawa karya-karya agung 
yang dikarangnya merupakan suatu karya 
seni bagi llmiah Islam dan Kesusasteraan 
Bahasa Arab. 

Apabila karya-karyanya ditampilkan di 
hadapan para Ulama Arab yang Masyhur, 
mereka bertanya, "Adakah pengarang 
kitab-kitab ini masih hidup? Sesungguhnya 
dia adalah Ulama bagi abad ini. Mereka 
berkata bahawa hasil daripada kerja-kerja 


I 

1 


5g 

De 


pengkajiannya dan kemahirannya yang 
menakjubkan di dalam Kesusasteraan 
Bahasa Arab, beliau berketrampilan 
sebagai seorang Ulama Islam yang Unik 
seperti yang ada beratus-ratus tahun 
dahulu. 

Seorang Alim yang masyhur dan 
Imam Masjidil Haram di Makkah, Shaikh 
Muhammad Bin Abdullah As-Subayyel 
sekali telah berkata ketika berada di 
dalam suatu majlis pertemuan yang khas 
para Ulama Islam dari negara Pakistan, 
India dan negara-negara Arab, 
"Sepertimana yang tuan-tuan tahu, para 
Ulama Islam dari seluruh dunia datang 
untuk menziarahi daku namun dalam 
seluruh hidupku, daku tiada pernah 
melihat atau bertemu dengan 
Seseorang Ulama Islam yang lebih 
agung dalam ilmu pengetahuan melebihi 
Shaikh Muhammad Musa Al-Bazi." 
Syaikh Muhammad Bin Abdullah As- 
Subayyel sekarang ini adalah seorang 



"9 

§2 


m 


Menteri Pengurusan berkaitan Masjidul 
Haramain (Makkah dan Madinah) . 

Kepentingan dan keagungan karya- 
karyanya dapat dipastikan dari suatu 
fakta bahawa buku-buku karangannya 
telah diajarkan meskipun ketika 
hayatnya, di universiti-universiti Islam di 
Pakistan dan Iran. 

Beliau telah menghasilkan lebih 
10,000 Ulama ketika hayatnya yang 
datangnya dari berbagai negara seperti 
Arab Saudi, England, Amerika, 
Afghanistan, Iran, India, Bangladesh, 
Uganda, Afrika Selatan, Pakistan, 
Thailand, Malaysia, Indonesia, Nepal, 
Kenya, Russia, Egypt dan Iain-Iain. 

Semoga Allah merahmatinyadan 
meninggikan martabatnya di maqam 
"Iliyyin". 


i 


me 

2§ 


Amma Ba'du. Umur ummat yang 
terdahulu adalah amat panjang . Setiap 
seorang dari mereka mampu hidup 
sehingga beratus-ratus tahun. Bagi 
orang-orang yang beriman, kehidupan 
yang panjang ini membolehkan mereka 
melakukan amal yang sebanyak- 
banyaknya untuk memperolehi pahala 
yang tidak terhingga. Bertentangan 
dengan mereka ini, ummat Rahmatan lil- 
Alamin s.a.w. yang mana setiap dari 
mereka memiliki umur yang sangat 
pendek. Namun Allah s.w.t. amat kasih 
kepada ummat ini melebihi sekelian 
ummat yang lain. Kerana itulah Allah s.w.t 
dengan Kekurniaan dan KemuliaanNya 
yang Khas telah menganugerahkan 
kepada ummat ini beberapa amalan yang 
pada zahirnya adalah ringkas tetapi boleh 
menghasilkan ganjaran pahala yang 



ing 

§2 


IP 


amat besar . Inilah natijah dari Rahmat //Jl 
Allah yang Maha Luas. 
"Dan RahmatKu luas atas segala 
sesuatu." 

Hendaklah menjadi kelaziman bagi 
setiap Muslimin untuk menganggap 
penting meskipun suatu pahala yang 
kecil, kerana ia mungkin menjadi punca 
bagi pengampunan di sisi Allah . Dan 
hendaklah menganggap bahawa setiap 
dosa yang kecil itu adalah amat 
berbahaya dan berusaha menjauhkan 
diri darinya. Siapa tahu, dosa tersebut 
mampu menyampaikannya ke Neraka. 
Imam Baqir Rahmatullah'alaih telah 
memberikan suatu nasihat yang amat 
berharga kepada anaknya, Imam Jaafar 
Sadiq Rahmatullah'alaih seperti berikut; 
katanya : 

"Wahai anakku, Allah Taala telah 
menyembunyikan tiga perkara di dalam 
tiga perkara. Allah menyembunyikan 
Keredhaan Nya di dalam pahala, kemur- 
kaanNya di dalam dosa dan Aulia Allah 


I 

lah 


di kalangan manusia. Maka janganlah 
dikau menganggap hina sebarang 
pahala, mungkin Keredhaan Allah 
tersembunyi di dalamnya. Di samping 
itu janganlah dikau menganggap kecil 
sesuatu dosa itu lalu dikau 
melakukannya, boleh jadi Kemurkaan 
Allah tersembunyi di dalamnya. Dan 
janganlah memandang hina sebarang 
insan; siapa tahu mungkin dia adalah 
WaliAllah!". 

Terdapat di dalam riwayat 
Hadith, di mana seorang lelaki jahat 
telah diampunkan oleh Allah s.w.t. ketika 
mana dia berada di dalam hutan dan 
telah memberi minum seekor anjing 
yang dalam kehausan. Di samping itu, 
dinyatakan juga di dalam hadith bahawa 
seorang lelaki yang tidak beramal telah 
menghindarkan dahan berduri dari 
jalanan; dengan keberkatan amal yang 
sekecil itu, dia telah dimasukkan ke 
dalam Syurga. Dan seorang wanita 
yang hanya disebabkan suatu dosa 


1 



5g 

tel 


10 


telah dihumbankan ke dalam Neraka 
bilamana dia telah mengikat seekor 
kucing lalu kucing tersebut telah 
mengalami kelaparan dan dahaga 
sehingga lama-kelamaan terus mati. 

Daku bermohon kepada Allah 
Taala agar dengan himpunan doa-doa 
yang ringkas ini, menerima Qabuliat di 
sisi Allah dan menjadi pahala Zakhirah 
untukhamba ini diAkhiratnanti. Amin. 


Nota: Kepada sekelian pembaca, 
diharap dapat mendoakan kepada 
hamba ini, kedua ibubapanya dan para 
Ustaznya serta kepada Saudara 
Mansoo-ul-Haque dan kedua 
ibubapanya di dalam doa-doa mereka. 


Hamba yang dhoif, 


Muhammad Zuhair Al-Bazi Afa' anhu 

24 Rabiul Tsani 1417 Hijrah 
Bersamaan , September 1996 Masehi. 


11 


m 


PARI PENTERJEMAH 


Amma Ba'du. Hamba yang dhoif ini 
bersyukur kerana dapat memberikan 
sedikit khidmat untuk Agama dengan 
menterjemahkan karya yang bermutu 
dari Hadhrat Mawlana Muhammad 
Zuhair Al-Ruhani Al-Bazi ibnu Shaikhul 
Hadith wat-Tafsir, Hadhrat Mawlana 
Shaikh Muhammad Musa Ar-Ruhani Al- 
Bazi Rahmatullah'alaih. Kitab ini adalah 
merupakan suatu Khazanah Agama 
Islam yang perlu ada pada setiap 
Muslim, agar diamalkan dan diYaqini 
akan ganjaran yang disediakan. 

Daku iuga berharap kepada 


I 

11 


5g 

Al 


12 


Allah Taala agar usahaku ini dlQabuli 
dan diBerkati. Daku tujukan karya ini 
untuk sekelian Ummat Islam di seluruh 
alam sehingga Hah Qiyamat dengan 
mengharapkan Keredhaan Allah dan 
pahala di Hah Akhirat. Dan kepada 
sekelian para pembaca, dapatlah 
kiranya mendoakan kepada hamba 
yang dhoif, faqir lagi hina ini dan kepada 
kedua ibubapanya di dalam doa-doa 
mereka.Amin. 



Hamba yang dhoif dan hina, 

Jalalludin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani 

'Afa 'anhu. 

Jamiah Ashrafiah 
Menjelang Ramadhan 1420 Hijrah 
Bersamaan 1999 Masihi. 


Seratus kali telah kau lakukan dosa dan 
telah kau lihat akan natijahnya; 
Kebaikan yang manakah pula yang 
tidak terdapat sebarang keburukan 
padanya? 


o 


Dikau berkata bahawa di saat tua 
usiamu dikau akan bertaubat; Namun 
daku khuatir sebelum tua usiamu, di 
usia muda kau telah pergi. 


1 


Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa 
barangsiapa membaca doa ini di waktu pagi 
dan petang, maka adalah menjadi 
kewajipan Allah terhadap pembaca doa ini 
untuk meredhainya di Hari Qiyamat nanti 
dan memasukkannya ke dalam Syurga. 
Diriwayatkan di dalam Kitab Tabrani, Nabi 
Muhammad s.a.w telah bersabda, "Daku 
menjamin akan memegang ta 
pembacanya dan memasukkannya 
dalam Syurga". 


'Daku Nov 
ngan ijM 
a ke ^Sfl 


(Riwayat Abu Daud, Tarmizi, Nasa'i dan 
Ibnu Majah dari HadhratTsauban r.anhu) 



Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa 
barangsiapa yang mengucapkan kalimat- 
kalimat ini, maka Allah Taala akan 
mencatatkan baginya dua juta pahala. 
Pada bulan Ramadhan, bagi setiap amal 
kebaikan dilipatgandakan sebanyak 10 
kaliganda. Maka dengan mengucapkannya 
sekali akan dituliskan sebanyak 140 juta 
pahala dan sebanyak mana ianya 
dibacakan sebanyak itulah pahala yang 


akan diperolehinya. 


(At-Targhib wat-Tarhib) 


I 



Di dalam Hadith ada diriwayatkan bahawa 
barangsiapa bersolat Asar pada hari 
Jumaat, Sebelum bangun dari tempat 
duduknya setelah selesai sembahyang, dia 
membaca selawat ini sebanyak 80 kali 
maka dosa-dosanya selama 80 tahun akan 
dimaafkan dan akan dituliskan pahala 
ibadah selama 80 tahun. Yakni jika pada 
bulan Ramadhan dia membacanya 
sebanyak 80 kali, maka sebagai ganti dari 
jumlah yang dinyatakan, dia akan 
memperolehi pahala ibadah selama 5600 
tahun dan sebanyak itulah juga dosa- 
dosanya akan diampunkan. 

(Syarh Syifa' Jami Saghir) 


I 

1 



Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda 
bahawa barangsiapa yang membaca doa ini 
maka ganjaran pahalanya menyebabkan 70 
malaikat menghadapi kesukaran sehingga 
1000 hari, yakni 70 malaikat terpaksa 
menghadapi masaalah yang besar selama 
1000 hari bagi menuliskan pahala untuknya. 
Jika seseorang membaca selawat ini sekali 
pada bulan Ramadhan maka 70 malaikat akan 
menuliskan pahala sehingga lebihkurang 192 
tahun. Dan jika ianya dibacakan sebanyak 100 
kali, maka dia akan memperolehi kadar pahala 
di mana 70 malaikat akan menuliskan pahala 
untuknya sehingga 7 juta hari yakni 
tahun, juga masih belum sempurna. 
hendaklah sentiasa tetap der 
memperbanyakkan pembacaannya. 


(RiwayatTabrani Fi KabirwaAwsat) 



pahala NQi 
19,178 

Maka M^V 
ingan ijM 

J 


Dinyatakan di dalam Hadith, barangsiapa 
yang membaca Istighfar ini sebanyak 3 
kali pada waktu hendak tidur,maka Allah 
Taala akan mengampunkan sekelian 
dosanya meskipun sebanyak buih-buih 
di lautan ataupun sebanyak bilangan 
bintang-bintang ataupun sebanyak 
zarrah dan butiran pasir ataupun 
sebanyak hari-hari di dunia. 


(Riwayat Tarmizi) 


Nabi alaihissolatu wassalam telah 
bersabda bahawa barangsiapa membaca 
doa seperti yang tersebut di atas ini 
sebanyak 3 kali pada waktu pagi, maka 
tidak akan tertimpa ke atasnya sebarang 
mudharat sehinggalah ke petang dan 
barangsiapa membaca doa tersebut pada 
waktu petang, maka tidak akan tertimpa ke 
atasnya sebarang mudharat sehingga ke 
waktu pagi. 

(RiwayatTarmizi dan Abu Daud) 


Barangsiapa yang membaca doa ini sewaktu 
keluar dari rumah, maka baginya sehinggalah 
dia kembali ke rumah, dia akan terpelihara dari 
sebarang mudharat dan Syaitan, dan bagi 
urusan yang mana menyebabkan dia keluar 
rumah jugaakanturutselesai . 

(RiwayatTarmizi) 



Dinyatakan di dalam Hadith, barangsiapa 
membaca ayat Kursi setiap kali selepas 
solat Fardhu, maka yang menghalangnya 
masuk ke Syurga hanyalah maut. 

(Riwayat Nasa'i) 


Dinyatakan di dalam Hadith bahawa 
seseorang Muslim yang membaca doa ini 
di pasar, Allah Taala menuliskan sejuta 
pahala baginya, sejuta dosa diampunkan 
dan sejuta darjat ditinggikan dan di 


1 


22 


samping itu akan menyediakan baginya 
sebuah istana yang sangat gemilang di 
dalam Syurga. Maka perbanyakkanlah 
doa ini sewaktu di pasar. 

(RiwayatTarmizi dan Ibnu Majah) 




2§ 


Dinyatakan di dalam Hadith bahawa 
barangsiapa yang setelah selesai Solat 
Maghrib, sebelum bercakap-cakap dengan 
sesiapa, membaca doa yang tersebut di 
atas sebanyak 7 kali, jika pada malam itu 
datang kepadanya maut, akan terpelihara 
dari Neraka selama-lamanya. Dan jika 
membaca doa ini sebanyak 7 kali setelah 
selesai Solat Subuh, sebelum bercakap- 
cakap dengan sesiapa dan jika pada hari itu 
datang maut kepadanya, maka akan 
terpelihara dari Neraka selama-lamanya 

(Misykat, dari Abu Daud)) 



Barangsiapa yang membaca doa ini 
sewaktu mula hendak makan 

4 

Dan setelah selesai makan, membaca doa ini 


Maka dia tidak akan disoal pada Hari Qiyamat K$ 
tentang makanannya itu. Jika sewaktu mula »ji 
hendak makan dia terlupa membaca Bismillah, l!« 
maka tatkala dia teringat, hendaklah membaca jgjjj 
doa ini 


(Riwayat Tarmizi) 



Barangsiapa yang hendak menghindar 
kan dirinya dari was-was Syaitan dan 
hendak memperolehi Solat yang 
Khusyu' dan Khudu' maka hendaklah 
membaca ayat ini dengan seberapa 
banyakyang mampu. 


1 


Menghindarkan Kerisauan dan 
Menuna ikan Hutang 

Untuk menghindar kan kerisauan yang 
besar dan menunaikan hutang yang 
besar, Nabi Muhammad s.a.w. telahpun 
mengajarkan supaya membaca doa ini di 
waktu pagi dan petang. 

(Diriwayatkan oleh Abu Daud) 



26 


89 


ASalYangTerafdhal Di HaTi 
Qiyamat 


Dinyatakan di dalam Hadith bahawa 
barangsiapa yang membaca 100 kali. 


Allah Taala akan mengampunkan 
sekelian dosanya meskipun lebih banyak 
dari buih-buih di lautan . Dan barangsiapa 
yang membacanya setiap hari maka 
tiadalah amal yang lebih afdhal darinya di 
hari Qiyamat kelak, melainkan orang yang 
telah membaca sebanyak bacaannya ata 
yang telah membaca lebih darinya. 


(Riwayat Muslim, Tarmizi dan Nasa'i) 


"1 



Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda, 
barangsiapa yang duduk di dalam sesuatu 
majlis yang mana banyak mengandungi 
kelalaian dan sia-sia, lalu sebelum dia 
hendak bangkit, dia membaca doa ini, 
maka segala dosanya yang telah dihitung 
di dalam majlis itu akan dimaafkan. Inilah 
doanya:- 

Manusia tatkala duduk bersama 
dengan rakan-rakannya, maka secara 
amnya ghibat, mengumpat, hasad dan 


28 


Kerana itulah kita sewaktu hendak 
berpisah dari rakan-rakan atau sesuatu 
majlis, secara khas hendaklah membaca 
doa yang ringkasini. 
(Amalan Siang dan Malam, An-Nasa'i) 



Dinyatakan di dalam Hadith bahawa, 
Adalah ia salah satu daripada Khazanah 
Syurga dan ia merupakan penyembuh 
berbagai macam penyakit, yang mana 
penyakit yang paling rendah sekali 
darjahnya adalah runsing. 


(Amalan Siang dan Malam, An-Nasa'i 
Baihaqi di dalam Dawaatul- Kabir) 


Akan Diseru Sebagai 
"Atiqullah" 


Hadhrat Ibnu Abbas Radhiallahu, anhuma 
mengambil riwayat daripada Nabi 
'alaihissolatu wassalam bahawa barangsiapa 
membaca doa yang tersebut di atas sebanyak 
1000 kali pada bila-bila waktu di siang hari, 
maka Allah Taala telahpun membelinya dan 
akan membebaskannya dari Azab llahi . Dan 
pada akhir hayatnya dia akan dipanggilkan 
dengan panggilan, "Atiqullah". Ini adalah suatu 
faedah yang amat besar dan suatu kejayaan 
yang besar baginya . Bagi mereka yang 
memperolehi hasil dari doa yang ringkas ini, 
kejayaanlah baginya. Maka, setiap Muslimin 
hendaklah berusaha beramal dengannya. 

(Riwayat Tabrani, di dalam Al-Awsat 
dan Ibnu Mardawaih, Majlis Saniah mukasurat 
70) 


2§ 


Dinyatakan dalam sebuah Hadith, 
sesiapa dari kalangan orang Islam yang 
membaca ayat yang mulia ini sebanyak 40 
kali ketika sakit, lalu menghadapi ajalnya, 
maka dia akan mencapai darjah seorang 
Syahid. Dan jika dia sihat maka segala dosa- 
dosanya diampunkan. Begitu juga jika 
sesiapa yang menghadapi musibah yang 
dahsyat atau kesedihan, maka dengan 
membaca ayat ini, musibah akan terhindar, 
dan dengan perantaraannya, apa jua 
permohonan doa yang dipohonkan pasti Allah 
Taala akan mengkabulkan permohonannya. 

(Riwayat Hakim) 


§2 


31 


m 


Menghindarkan Runsing dan 
Penyakit 



Baginda Nabi yang Mulia s.a.w telah 
bersabda bahawa ketika melihat sesuatu 
bala yakni kerunsingan, musibah atau 
penyakit menimpa ke atas manusia, lalu 
membaca doa ini, dengan izin Allah, dia 
akan terpelihara dari bala itu sehinggalah 
dia mati. 

(RiwayatTarmizi) 


I 


32 

Keselamatan Dari Azab Di 
hari Qiyamat 



Hafiz Najam Ghaiti Rahmatullah alaih telah 
menyatakan kisah ini bahawa Imam Abu 
Hanifah Rahmatullah alaih telah berkata 
bahwa, "Aku telah menziarahi Allah s.w.t. 99 
kali di dalam mimpi, lalu terlintas di hatiku untuk 
bertanya kepada Allah jika daku berpeluang 
sekali lagi menziarahinya iaitu ; Pada hari 
Qiyamat nanti, dengan perantaraan amal yang 
manakah seseorang hamba itu akan 
mendapat keselamatan dari azab Nya ? "lalu 
berkata" Apabila daku diberikan peluang 
menziarahi Allah Taala di dalam mimpi, maka 
daku telah menanyakan soalan tersebut . Lalu 
Allah Taala pun berfirman, Barangsiapa yang 
membaca doa ini di waktu pagi dan petang, 
akan terselamatlah ia dari azabKu!" . 


1 jib J 

£ » h ^ «- £ ' >j s> s s 





35 


m 


Barangsiapa mambaca 3 kali 


Seterusnya membaca 3 ayat terakhir dari surah 
Al-Hasyr sekali pada waktu pagi dan sekali pada 
waktu petang, maka dari pagi sehingga ke petang 
dan dari waktu petang sehingga ke pagi, 70 ribu 
malaikat akan mendoakan keampunan untuk 
dirinya. Dan jika pada hari itu atau pada malam itu iCfl 
dia menemui ajalnya maka dia akan dikira 
sebagaiseorangyangSyahid. /cM 




Baginda Khatamun Nabiyyin Rahmatan lil 
'Alamin, Sallallahu alaihi wa Sallam, telah 
bersabda, barangsiapa membaca surah 
Al-lkhlas iaitu "Qui huwallahu" sebanyak 
10 kali maka Allah Taala akan 
menyediakan baginya sebuah mahligai di 
dalam Syurga. Jika membacanya 20 kali, 
maka 2 buah mahligai akan disediakan 
baginya. 

Hadhrat Umar r.anhu telah bertanya, 
"Wahai Nabi Allah, tentunya kami akan 
menghasilkan istana yang tak terkira 
banyaknya". Nabi s.a.w pun bersabda, 
"Kerajaan Allah adalah sangat luas, (yakni 
di sisi Allah tidak terdapat sebarang 
kekurangan)". 


i 


(Diriwayatkan oleh Ad-Darami dan Ahmad) 


Selepas Solat Maghrib, bersolat nawafil enam 
rakaatadalah Solat Awwabin. Para Aulia Allah 
lazim mengerjakannya. Di dalam Hadith yang 
mulia ada dinyatakan barangsiapa yang 
sesudah Solat Maghrib, mengerjakan Solat 
enam rakaat dan di antaranya dia tidak 
berkata dengan perkataan yang buruk, maka 
baginya pahala beribadat selama 1 2 tahun. 

UlamaAhli Feqah berpendapat, dua rakaat 
setelah Solat Maghrib itu juga termasuk di 
dalam 6 rakaat, Jika Solat Awwabin ini 
dikerjakan berterusan sehingga setahun 
penuh, lalu pada bulan Ramadhan yang mulia, 
dikhususkan 70 kali ganda pahala 
menyertainya, maka dia akan memperolehi 
pahala ibadat sebanyak 29, 1 60 tahun. 

Subhanallah ! Rahmat Allah amat luas 
bagaikan lautan, dan betapa ruginya seorang 
yangterjauhdari Rahmat ini. 

(RiwayatTarmizi) 


Hadhrat Sahl bin Saad r.anhu telah 
meriwayatkan dari Baginda Rasulullah 
s.a.w. bahawa dengan Keberkatan 
berpuasa pada Hari 'Arafah (9 Zulhijjah), 
Allah Taala akan mengampunkan dosa- 
dosanya selama 2 tahun, tahun yang dia 
berpuasa dan tahun yang akan datang . 

Disamping itu, Imam Baihaqi 
telah meriwayatkan dari Hadith Baginda 
Nabi s.a.w bahawa berpuasa pada hari 
Arafah, pahalanya adalah bersamaan 
dengan berpuasa selama 1 000 hari. 

(Riwayat dari Abu Ya la, Targhib jilid 2, 
mukasurat 112) 



Pentunjuk yang Mubarak dari Baginda 
Nabi yang Mulia 'alaihi salam 
menyatakan bahawa barangsiapa yang 
mandi pada hari Jumaat, dosa-dosanya 
adalah dimaafkan. Kemudian apabila dia 
berjalan menuju ke masjid, maka bagi 
setiap langkahnya akan dituliskan 20 
pahala sebagai tukaran baginya. 
Kemudian, apabila dia telah selesai solat, 
dia berjalan menuju pulang, maka dia 
akan diganjari dengan pahala amal 
kebaikan selama 200 tahun. Di dalam 
Hadis yang lain dinyatakan bahawa 
orang yang berjalan kaki menuju ke 
masjid bagi setiap langkahnya pahala 
ibadat selama 20 tahun, yakni pada bulan 
Ramadhan, hanya dengan satu langkah, 
dia akan memperolehi pahala ibadah 
selama 1400 tahun. 


1 


6S» I Menziarahi Baginda I JSfl 
fffl [ Rasulullah s. a.w. | 

Shaikh Abdul Haq Muhaddith Dehlawi 
Rahmatullah 'alaih telah menulis di dalam 
kitabnya, "Targhib ahlis-Saadat" bahawa 
pada malam Jumaat, bersolatlah 2 rakaat 
Solat Nafil. Setiap rakaat setelah Fatihah 
bacalah 11 kali ayat Kursi dan 11 kali 
Qulhuwallah. Dan sesudah Salam, 
bacalah Selawat ini Sebanyak 100 kali, 
maka Insya Allah Taala, tidak berlalu tiga 
kali Jumaat melainkan akan berpeluang 
menziarahi Baginda Rasulullah s.a.w. 
Selawatnya adalah seperti berikut :- LC%) 

|j 



I Terkandung di dalam kitab "Tasauf dan Akhlaq" 
bahawa seorang yang membaca La Nana illallah 
sebanyak 70 ribu kali, dia telah membeli dirinya 
dari Allah Taala dan membebaskan dirinya dari 
Neraka . Dengan silsilah ini, sebuah Hadith 
Marfu' ada menyatakan : - 

Kerana itulah para Solehin yang mulia telah 
beramal dengan wazifah ini secara tetap untuk 
diri mereka dan ahli keluarga serta saudara mara 
mereka. Sebahagian dari mereka ada juga yang 
mengkhususkan sebagai pengampunan 
terhadap mereka yang telah mati . 

Di dalam kitab "Majalis Saniah" ada 
dinyatakan bahawa ada seorang pemuda yang 
Soleh, masyhur dengan Kasyaf yang dimilikinya. 
Pada suatu hari, di dalam perhimpunan para 
Ulama dan Aulia, beliau telah menangis dengan 


43 


m 


banyaknya sehinggakan hampir kehilangan 
aqal. Ditanyakan kepadanya perkara yang 
menyebabkan dia menangis, lalu berkata 
bahawa "Dari Kasyaf yang daku miliki daku 
dapat mengetahui bahawa ibuku telah 
meninggal dunia dan dimasukkan ke dalam 
Neraka ! 

Di kalangan para hadirin, seorang 
yang Soleh telah berkata, "Bahawa sebelum ini, 
daku telah membaca 70 ribu kali La ilaha illallah 
untuk manafaat diriku sendiri namun apabila 
daku melihat kesedihan anak muda ini, daku 
telah berkata dari hatiku agar pahala 
pembacaanku itu dihadiahkan kepada ibu 
pemuda tersebut supaya dia diselamatkan dari 
Neraka. 

Si Soleh itu berkata bahawa, Setelah 
beberapa saat, pemuda tersebut begitu gembira 
sehinggakan tersenyum-senyum lalu berkata 
"Alhamdulillah, Allah Taala telah mengeluarkan 
ibuku pada saat ini juga dan telah 
memerintahkannya supaya masuk ke Syurga. 

Si Soleh itu berkata bahawa dari kisah 
ini, daku telah memperolehi 2 faedah. Yang 
pertama ialah, kandungan Hadith yang telah 
dinyatakan itu memang Sahih dan 
membenarkan. Kedua ialah, kelebihan Kasyaf 


I 

yaf K3k 


yang dimiliki oleh pemuda itu adalah benar. 

Pengamalan para Solehin, dengan amalan 
yang berterusan dengan Kasyaf yang Sahih 
merupakan dalil yang kuat untuk membenarkan 
Hadith ini sebagai sebuah Hadith yang Sahih 
dan terdapatnya manafaat serta faedah 
memanglah diakui menerusi pengamalannya. 



Dengan melakukan Solat Tasbih, akan 
menghasilkan pahala yang besar. Tersebut 
di dalam hadith bahawa menerusi Solat 
Tasbih, Allah Taala mengampunkan semua 
dosa-dosanya walaupun sebanyak butir- 
butiran pasir dan zarrah-zarrah yang 
menggunung banyaknya. 

Baginda Nabi alaihisalam telah bersabda 
bahawa kerjakanlah Solat Tasbih setiap 
hari. Jika tidak mampu, maka lakukanlah 
ianya sekali dalam seminggu atau sekali 
dalam sebulan atau sekali dalam setahun 
amat perlu dilakukan. 


SolatTasbih ini adalah dengan satu niat 
bagi 4 rakaat. Dalam keempat-empat 
rakaat itu dibacakan doa ini sebanyak 300 
kali: 

Cara SolatTasbih 

Cara-cara bersolat Tasbih adalah seperfi 
berikut iaitu berniatlah untuk bersolat 4 
rakaat. Pada rakaat pertama setelah 
membaca Fatihah dan surah yakni 
sebelum ruku' bacalah doa tersebut 
sebanyak 15 kali. Kemudian di dalam ruku' 
10 kali. Kemudian berdiri sesudah ruku' 10 
kali. Kemudian di dalam sujud yang pertama 
sebanyak 1 0 kali, duduk di antara dua sujud 
sebanyak 1 0 kali. Kemudian di dalam sujud 
kedua sebanyak 1 0 kali. Kemudian setelah 
sujud kedua, duduk sebentar dan 
membacanya sebanyak 10 kali. 
Kesemuanya 75 kali di dalam satu rakaat 




Kemudian bangun untuk rakaat kedua 
dan melakukan sepertimana rakaat 
pertama tadi dengan jumlah 75 kali juga. 
Begitu jugalah dalam rakaat ketiga dan 
keempat. Di dalam ruku' dan sujud, doa 
tersebut dibacakan sesudah Tasbih. Di 
dalam rakaat kedua dan keempat, 
hendaklah membaca doa tersebut 
sebelumTahiyyat. 

(Jami'TarmiziJilid 1 mukasurat89) 




r> 



Terdapat 2 perkara yang disukai di dunia 
ini:- Memegang kata-kata hati dan hati; 
memegang perkara yang Haq. 
Wahai Insan, Tuhan telah menciptakan 
kamu untuk diriNya dan kamu pula 
mengkehendaki yang selain Nya. 
Kehidupan manusia di dunia ini 
seumpama pelita yang diletakkan 
ditengah-tengah angin. 
Sungguh menakjubkan ke atas seorang 
yang tahu Syaitan sebagai musuh 
namun masih melakukan ketaatan 
terhadapnya. 

Janganlah terlalu berlembut sehingga 
bisa diperahkan dan janganlah terlalu 
keras dan kasar sehingga bisa 
dipecahkan. 

Pekerjaan yang paling sukar di dunia ini 
adalah mengislahkan diri dan yang 
paling mudah adalah mencari kesalahan 
orang lain. 

Sungguh menakjubkan ke atas seorang 
yang membenarkan Neraka namun 


i 



14 


15 


16 


masih melakukan dosa. 

Menyesal di atas dosa-dosa akan 
menghapuskannya dan berbangga 
di atas pahala-pahala akan 
memusnahkannya. 

Sesiapa yang takutkan Allah, maka 
sekelian benda akan takut padanya. 
Jika ingin menjadikan doa-doa Mustajab, 
maka janganlah dikau muatkan ke dalam 
perutmu melainkan suapan yang halal. 
Api tidak membakar kayu-kayu secepat 
ghibatyang menghapuskan pahala. 
Seseorang yang takutkan Allah, dia tidak 
akan mengambil sebarang tukaran. 
Berkhidmatlah kepada kedua ibubapa. 
Melihat mereka atau salah seorang dari 
mereka dengan belas dan kasih sayang 
akan memperolehi pahala haji yang 
Maqbul. 

Seorang penipu itu, dia sendiri dalam 
keadaantertipu. 

Bagi setiap agama terdapat sifat yang 
mulia dan sifat yang mulia bagi Agama 
Islam adalah sifat Malu. 
Dunia adalah penjara bagi orang Mukmin 
dan Syurga bagi orang Kafir. 



Wahai Allah ! Wahai Zat Yang Agung 
Kemuliaan Nya dan Sentiasa Memiliki 
Ketinggian. Wahai Penguasa Khazanah Yang 
Tidak Akan Kehabisan dan Pencipta 'Arasy 
Yang Agung. Wahai Yang Memiliki Sifat Yang 
Sempurna dan Yang Menunaikan Segala 
Permintaan. 

Jika Kau mengkehendaki, maka 
dengan sekelip mata pun Kau boleh 
mendatangkan taufan yang mana lautan pun 
malu melihatnya. Dan jika kau 
mengkehendaki, seluruh makhluq ini Kau 
boleh tempatkan dalam tempat yang sebesar 
zarrah dengan ucapan "Kun!" dariMu. Sesuatu 
yang tiada, Dikau boleh wujudkan. BagiMu 
tiada suatupun pekerjaan yang sukar. 

Wahai Allah, bersihkan dan 
hapuskanlah kekotoran zahir dan batin kami 
dengan Kesempurnaan KeampunanMu dan 
Lautan KemaafanMu. Kurniakanlah kami 
dengan pakaian Zuhud dan Taqwa, 
mengkhidmati makhluq dan menuruti Sunnah 
dengan bersih dan nyata. Jadikanlah maksud 


1 


kehidupan kami untuk meninggikan dan 
mengharumkan Agama Muhammad s.a.w. 
Jadikanlah kami sebagai Mentari llmu dan Kau 
jadikanlah amalan kebaikan kami sempurna, 
yang mana menjadi sumber Hidayat. Dan 
orang-orangyang bertaqwajugaakan memilih 
jalan amalan Soleh dengan sinar 
kecemerlangannya. Dan jadikanlah kami 
seumpama mata air yang mengairi Taman 
Islam di musim gugur sehingga ke Hah 
Qiyamat. 

Wahai Tuhan Semesta Alam ! Dalam 
kehidupan yang singkat ini, ambillah kerja dari 
kami perkara yang perlu dikerjakan di sini dan 
peliharalah kami dari perkara yang tidak perlu 
dikerjakan di sini. Bagi hari-hari dalam 
kehidupan kami yang mana kami telah 
melaluinya dengan lalai dan leka, jadikanlah 
sesuatu yang dapat mengganti kerugiannya. 
Wahai Allah ! Kurniakanlah kami dengan 
kecintaan terhadap Iman dan hiaskanlah ianya 
di dalam hatikami. 

Campakkanlah rasa takut dalam 
hati kami terhadap kekufuran, dosa dan 
derhaka. Dan jadikanlah kami orang-orang 
yang memperolehi Hidayat dan hamba-hamba 
yang bersyukur supaya ketika waktu kami mati 
dan di dalam kubur dan di Hari Qiyamat nanti, 


i 


kami bersukacita dan gembira dan Jannatul 
Firdaus menjadi tempat kami. 

Wahai Allah, jadikanlah kami sebagai 
gunung bagi llmu dan Amal yang mana di 
hadapan taufan kekufuran dan kesyirikan pun 
tidak dapat meruntuhkannya, dan menjadi 
pukulan bagi menghapuskan segala bidaah. 

Dan ambillah dari kami sebarang 
khidmat untuk membantu Agama Muhammad 
Arabiy s.a.w. yang akan menjadi Sedeqah yang 
berterusan dan menjadi sumber keselamatan di 
Hah Qiyamat. 
* f 

*>LaI ,j> jiyi} c^~J> ^^J) 

ahli 


daku bukanlah 
tiadalah kekuatanku 


Wahai Allah, 
Jannatul Firdaus; Dan 
mengatasiApi Neraka. 

Maka, berikanlah daku Taufiq untuk 
bertaubat dan ampunkanlah dosa-dosaku ; 
Kerana sesungguhnya Dikau adalah 
Pengampun Segala Dosa yang Besar. 


1 


52 


Untuk pertanyaan dan 
maklumatsila hubungi 


IDARA-E-TASNEEF-O-ADAB 
Jamia Muhammad Musa Albazi 

Head Off: Alqalam 13-D, Block B 
Samanabad Lahore Pakistan 
Phone: 042-37568430 
Cell #: 0300-4426440 
www.alqalamfoundation.org 
Email: uzairbazi@hotmail.com 

Pi Malaysia hubungi : 
Jalalludin Ahmad Ar-Rowi 
1663A/2 Kampung Aman, 
Pokok Assam, 34000 
Taiping, Perak Darul Ridzuan, 

MALAYSIA 
E-mail : rowi_naqsh@yahoo.com ffjfl 
ar rowi@hotmail.com «3J