Skip to main content

Full text of "Universal Declaration of Human Rights"

See other formats


PERISYTIHARAN HAKASASI MANUSIA SEJAGAT 

MUKADDUMAH 

Bahawasanya pengiktirafan keutuhan kemuliaan dan hak samarata serta asasi 

yang tak terpisah bagi seluruh umat manusia adalah asas kebebasan.keadilan 

dan kedamaian dunia. 

Bahawasanya pengabaian serta penghinaan terhadap hak asasi manusia telah 

pun mengakibatkan tindakan terkutuk yang telah melanggari perasaan hati umat 

manusia, dan munculnya sebuah dunia di mana manusia akan menikmati 

kebebasan berucap dan menganut kepercayaan serta kebebasan dari rasatakut 

dan citarasa telah pun diisytiharkan sebagai aspirasi toragung seluruh umat 

manusia. 

Sekiranya kita tidak mahu mendorong manusia dalam keadaan terdesak, 

sebagai pilihan terakhir, memberontak mementang kezaliman serta penindasan, 

maka adalah penting bagi hak asasi manusia dipertahankan oleh kedaulatan 

undang-undang. 

Bahawasanya adalah penting bagi memajukan perkembangan perhubungan 

persahabatan di antara negara-negara. 

Bahawasanya rakyat Bangsa-Bangsa Bersatu, dalam Piagamnya telah sekali 

lagi menegaskan kepercayaan mereka terhadap hak asasi manusia, terhadap 

kemuliaan serta nilaidiri manusia dan terhadap hak samarata lelaki dan 

perempuan dan telah menetapkan keazaman untuk memajukan perkembangan 

sosial dan taraf hidup yang lebih sempurna dalam suasana kebebasan yang 

lebih luas. 

Bahawasanya Negara-Negara Anggota telah berikrar untuk masing-masing 

mencapai, dengan kerjasama Bangsa-Bangsa Bersatu, pengutaraan kehormatan 

sejagat terhadap, serta pematuhan, hak asasi manusia dan kebebasan asasi. 

Bahawasanya satu fahaman bersama terhadap hak serta kebebasan ini 

seluruhnya adalah terpenting demi menjadikan ikrar ini kenyataan sepenuhnya. 

MAKA DENGAN INI 



Perhimpunan agung mengisytiharkan 

Perisytiharan sejagat hak asasi manusia ini sebagai suatu ukuran bersama 
terhadap pencapaian oleh seluruh umat manusia dan kesemua negara dengan 
tujuan supaya setiap individu dan setiap badan masyarakat, dengan senantiasa 
mengingati Perisytiharan ini, hendaklah berazam melalui pengajaran dan 
pendidikan bagi memajukan sanjungan terhadap seluruh hak-hak dan 
kebebasan ini dan secara langkah-langkah berperingkat-peringkat, di bidang 
negara dan antarabangsa, bagi menjaminkan pengkitirafan dan pematuhan 
sejagatnya yang berkesan, kedua-duanya di antara negara-negara anggota 
masing-masing dan rakyat wilayah-wilayah di bawah bidangkuasa mereka. 

Perkara 1 . 

Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak- 
hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak 
di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan. 

Perkara 2. 

Setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan yang 
termaktub dalam Perisytiharan ini, tanpa sebarang apa jua pembezaan, seperti 
bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, ugama, faham politik atau Iain-Iain 
fahaman, asal-usul bangsa keturunan atau sosial harta-benda, kelahiran atau 
apa-apa taraf lain. 

Seterusnya, tiada sebarang pembezaan boleh dibuat berasaskan pada taraf 
politik atau bidangkuasa ataupun antarabangsa sesebuah negara atau wilayah 
datangnya seseorang itu, sama ianya merdeka, berauanah, tanpa pemerintahan 
sendiri atau berada di bawah apa-apa sekatan kedaulatan lainnya. 

Perkara 3. 

Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri. 



Perkara 4. 

Tiada sesiapa pun boleh diperhamba atau diperabdikan; keabdian dan dagangan 
hamba abdi hendaklah dilarang dalam semua bentuknya. 

Perkara 5. 

Tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau hukuman yang 
zaiim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan. 

Perkara 6. 

Setiap orang adalah berhak kepada pengiktirafan di mana jua sebagai seorang 
insan di sisi undang-undang. 

Perkara 7. 

Semua orang adalah samarata di sisi undang-undang dan berhak tanpa apa-apa 
pembezaan kepada perlindungan yang samarata di sisi undang-undang. Semua 
orang adalah berhak kepada perlindungan yang samarata daripada sebarang 
pembazaan yang melanggar Perisytiharan ini dan daripada sebarang hasutan 
terhadap pembezaan sedemikian. 

Perkara 8. 

Setiap orang adalah berhak kepada pemulihan yang berkesan oleh tribunal- 
tribunal kebangsaan yang kompeten terhadap tindakan-tindakan yang melanggar 
hak-hak asasi yang diberikannya oleh perlembagaan atau oleh undang-undang. 

Perkara 9. 

Tiada sesiapa pun boleh dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan 
negeri secara sewenang-wenangnya. 



Perkara 10. 

Setiap orang adalah berhak dengan samarata sepenuhnya kepada pembicaraan 
adil dan terbuka oleh suatu tribunal bebas dan saksama, dalam penetapan hak- 
hak dan tanggungannya dan sebarang tuduhan jenayah terhadapnya. 

Perkara 1 1 . 

1. Setiap orang yang dituduh dengan kesalahan keseksaan adalah berhak 
dianggap tidak salah sehingga dibuktikan salah menurut undang-undang 
di dalam perbicaraan terbuka di mana dia telah diberikan segala jaminan 
yang perlu untuk pembelaannya. 

2. Tiada sesiapa pun boleh diputuskan bersalah atas sebarang kesalahan 
keseksaan oleh kerana sebarang tindakan atau ketinggalan yang tidak 
merupakan suatu kesalahan kesiksaan, di sisi undang-undang 
kebangsaan atau antarabangsa, pada masa ianya dilakukan. Tiada pula 
boleh dikenakan sebarang hukuman yang lebih berat dari hukuman yang 
terpakai ketika kesalahan keseksaan itu dilakukan. 

Perkara 12. 

Tiada sesiapa pun yang boleh dikenakan kepada sebarang gangguan 
sewenang-wenangnya terhadap keadaan peribadi, keluarga, rumahtangga atau 
surat-menyuratnya, atau percerobohan ke atas maruah dan nama baiknya. 
Setiap orang berhak kepada perlindungan undang-undang terhadap gangguan 
atau percerobohan sedemikian. 

Perkara 13. 

1 . Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan bergerak dan 
bermastautin di dalam sempadan sesebuah negara. 

2. Setiap orang berhak meninggalkan mana-mana negara, termasuk 
negaranya sendiri.dan kembali semula ke negaranya. 



Perkara 14. 

1. Setiap orang berhak memohon dan menikmati perlindungan politik dalam 
negara lain daripada sebarang aniaya. 

2. Hak ini tidak boleh dituntut bagi pendakwaan yang benar-benar timbul 
daripada kesalahan bukan politik atau daripada tindakan yang 
bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa 
Bersatu. 

Perkara 15. 

1. Setiap orang adalah berhak kepada suatu kewarganegaraan. 

2. Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan kewarganegaraannya secara 
sewenangwenangnya atau dinafikan hak menukar kewarganegaraanya. 

Perkara 1 6. 

1. Leiaki dan perempuan dewasa, tanpa mengira bangsa, kewarganegaraan 
atau ugama, berhak berkahwin dan menubuhkan keluarga. Mereka 
adalah berhak kepada hak-hak samarata berhubung dengan 
perkahwinan, dalam tempoh masa perkahwinan dan pada 
pembubarannya. 

2. Perkahwinan hanya boleh dilaksanakan dengan persetujuan bebas dan 
sepenuhnya oleh pihak-pihak yang bercadang untuk berkahwin. 

3. Keluarga adalah yunit kumpulan semulajadi dan asasi dalam masyarakat 
dan adalah berhak kepada perlindungan oleh masyarakat dan Negara. 

Perkara 1 7. 

1. Setiap orang berhak memiliki harta secara bersendirian serta secara 
berkongsi dengan orang lain. 

2. Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan harta-bendanya secara sewenang- 
wenangnya. 



Perkara 1 8. 

Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, perasaan hati dan 
ugama; hak ini termasuklah kebebasan menukar ugama atau kepercayaannya, 
dan kebebasan, samada secara bersendirian atau secara bersama-sama 
dengan orang-orang lain dan secara terbuka atau bersendiri, menganuti ugama 
atau kepercayaannya melalui pengajaran, amalan, pemujaan dan pematuhan. 

Perkara 19. 

Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan 
fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan 
dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui 
sebarang media dan tanpa mengira sempadan. 

Perkara 20. 

1. Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman 
dan menubuhkan persatuan. 

2. Tiada sesiapa pun boleh dipaksa menjadi ahli mana-mana pertubuhan. 

Perkara 21 . 

1. Setiap orang berhak mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, 
secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas. 

2. Setiap orang adalah berhak kepada peluang samarata kepada 
perkhidmatan awam dalam negaranya. 

3. Kemahuan rakyat hendaklah menjadi asas kewibawaan kerajaan; 
kemahuan ini hendaklah dibuktikan melalui pilihanraya berkala yang sejati 
yang mana hendaklah diadakan secara sejagat dan samarata dan 
hendaklah diadakan secara undi sulit atau melalui acara pengundian 
bebas yang ketara. 



Perkara 22. 

Setiap orang, sebagai anggota masyarakat, adalah berhak kepada keselamatan 
sosial dans berhak menjadikan suatu kenyataan, melalui usaha negara dan 
kerjasama antara-bangsa dan menurut organisai dan sumber-sumber dalam 
negara masing-masing, hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan yang termesti 
bagi kemuliaannya dan perkembangan bebas keperibadiannya. 

Perkara 23. 

1. Setiap orang adalah berhak kepada pekerjaan, kepada pemilihan 
pekerjaannya secara bebas, kepada keadaan-keadaan pekerjaan yang 
adil dan berfaedah baginya dan kepada perlindungan daripada 
pengangguran. 

2. Setiap orang, tanpa sebarang pembezaan, adalah berhak kepada 
penggajian yang sama bagi kerja yang sama. 

3. Setiap orang yang bekerja adalah berhak kepada pembayaran saraan 
yang adil dan berfaedah baginya yang mana mempastikan buat diri dan 
keluarganya suatu kehidupan sesuai dengan kemuliaan manusia, dan 
yang mana ditambah, jika pertu, oleh cara-cara perlindungan sosial yang 
lainnya. 

4. Setiap orang berhak menubuh dan menjadi ahli kesatuan sekerja bagi 
memperlindungi kepentingan-kepentingannya. 

Perkara 24 

Setiap orang adalah berhak kepada rihat dan masa lapang, termasuk batasan 
munasabah keatas masa bekerja dan cuti bergaji yang berkala. 

Perkara 25 

1. Setiap orang adalah berhak kepada suatu taraf hidup yang memadai bagi 
kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan. 



pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan serta perkhidmatan 
sosial yang perlu, dan berhak kepada perlindungan ketika berlakunya 
pengangguran, kesakitan, ketidakupayaan, diperjandaan, keuzuran atau 
Iain-Iain kekurangan kehidupan dalam keadaan di luar kawalannya. 
2. Ibu dan anak adalah berhak kepada jagaan serta bantuan khas. Semua 
kanak-kanak, samada dilahirkan di dalam maupun di luar nikah, 
hendaklah menikmati perlindungan sosial yang sama. 

Perkara 26. 

1. 1)Setiap orang adalah berhak kepada pelajaran. Pelajaran hendaklah 
diberikan percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat awal dan 
asasnya. Pelajaran peringkat awal hendaklah diwajibkan. Pelajaran 
teknikal serta profesional hendaklah disediakan untuk umum dan 
pelajaran tinggi hendaklah mempunyai akses yang samarata kepada 
semua orang atas dasar kebolehan. 

2. Pelajaran hendaklah ditujukan kepada perkembangan sepenuhnya 
keperibadian manusia dan ke arah memperkukuhkan lagi rasa hormat 
bagi hak-hak dan kebebasan asasi manusia, lanya hendaklah memupuk 
persefahaman, kesabaran dan persahabatan di kalangan semua negara, 
bangsa atau kumpulan-kumpulan ugama, dan hendaklah memajukan 
segala kegiatan Bangsa-Bangsa Bersatu demi memelihara keamanan. 

3. Ibu-bapa mempunyai hak terdahulu untuk memilih jenis pelajaran yang 
akan diberikan kepada anak-anak mereka. 

Perkara 27. 

1. Setiap orang berhak secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan 
kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama 
merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya. 



2. Setiap orang adalah berhak kepada perlindungan kepentingan- 

kepentingan moral dan kebendaan hasil dari sebarang penghasilan sains, 
kesusasteraan atau kesenian yang mana ianya adalah penciptanya. 

Perkara 28. 

Setiap orang adalah berhak kepada suatu susunan sosial dan antarabangsa 
dalam mana hak-hak asasi dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan 
ini boleh dijadikan kenyataan sepenuhnya. 

Perkara 29. 

1. Setiap orang mempunyai kewajipan terhadap masyarakat hanya dalam 
mana perkembangan keperibadiannya secara bebas dan seluruhnya 
termungkin. 

2. Dalam mengamalkan hak-hak dan kebebasannya, setiap orang tertakluk 
hanya kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undang- 
undang semata-mata bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan 
penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang 
lain dan untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, 
ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang 
demokratik. 

3. Hak-hak dan kebebasan ini tidak boleh sama sekali diamalkan secara 
bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa 
Bersatu. 

Perkara 30. 

Tiada apa-apa jua dalam Perisytiharan ini boleh ditafsirkan sebagi sedia tersirat 
memberikan kepada mana-mana negara, kumpulan atau perseorangen 
sebarang hak untuk melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan atau melakukan 



apa-apa perbuatan dengan tujuan memusnahkan apa-apa hak dan kebebasan 
yang termaktub dalam Perisytiharan ini.